BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 3, 2009

Selamat Datang Ke Laman Komuniti Pas Bukit Kening

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera kepada semua pelayar Laman Komuniti Pas Cawangan Bukit Kening.

Terlebih dahulu saya selaku Ketua Pas Cawangan mengucapkan "Salam Perjuangan" kepada semua pimpinan Pas, ahli pas dan semua yang menyokong perjuangan pas dalam membentuk sebuah negara Islam yang melaksanakan syariah Islam 100%.

Alhamdulillah, dipanjatkan kepada Ilahi kerana telah memberi peluang kepada saya untuk memimpin Pas Cawangan Bukit Kening bagi tempoh 2009/2011. InsyaAllah saya akan menjalankan amanah ini dengan penuh tanggungjawab dan berdedikasi. Semoga semua ahli pas caw. dapat memberi sokongan padu kepada saya.

Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pelayar laman ini dan diharap dapat memberi sokongan dan pandangan kepada saya dalam menyempurnakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin di peringkat cawangan.

Semoga hasil dan kerja yang dilakukan oleh kita seharian mendapat perkenan Allah dan dirahmatiNya.

Sekian,

"Islam Memimpin Perubahan"

Wassalam,

Ikhlas,

MOHD SHAMSURI HUSSIN
Ketua Pas Cawangan Bukit Kening2009/11

0 comments: